Thursday, 13 June 2013

Emak Dan Along

(:Assalammualaikum:)
Kisah ni bukan kisah zura, zura cuma nak share dan amek pengajaran dalam cerita ni. Sumpah sedih, baca tak habis dah nangis, try la :)

"Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?" Marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun. "Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?" Leter ibu lagi.

Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Tiba-tiba dia melihat si ibu bergegas pergi mencari sesuatu dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. "Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!" Jerkah ibu.

Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar. Si ibu semakin bengang. "Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakit, sekarang nah, rasakan!" Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah
Along menjerit kesakitan. "Sakit bu, sakit…maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi.Bu, jangan pukul bu..sakit bu.. "

Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi. "Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?" Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu. "Bu, ampunkan Along bu,bukan Along yang mulakan, bukan Along bu, sakit bu..!!" Rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih. Along memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya.

Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari. Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya.

Malam itu, Along berjaga sepanjang malam.. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya. Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah..Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang.

Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini. Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya. Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi. Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya. Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini.

Along merebahkan badannya. Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu. Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat keputusan yang corot dalam SPM.

Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga.

Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu. Itupun acuh tidak acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ. Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu. Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu.

Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka. "Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?" Tanya Atih kehairanan. Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu.

Sementara Along di sebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang telinganya. "Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?" "Eh! jangan, nanti dulu… Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!" Si ibu bersuara lembut. Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan…"Anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya" bisik hati kecil Along. "Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?" Soalnya lagi. Atih masih belum berganjak dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum.

Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan. "Oooo.. patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik, ibu tak masak macam ni pun?" Along terkejut mendengar soalan Atih. Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya. "Along kan hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!" Terang si ibu. "Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni untuk Along pun!" Soal Atih lagi. Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan. Along mula terasa sebak.

Dia mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya. "Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas" Arah ibu. Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan. Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along. Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya. Apa yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya.

Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah. Matanya terpaku pada sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung bermanik. "Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni" Dia bermonolog sendiri. Along melangkah masuk ke dalam kedai itu.

Sedang dia membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh. Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya. "Laa..kau ke, apa kau buat kat sini?" tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz. "Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat sini?" soalnya pula. "Aku tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok baju ni. Aku ingat nak beli dan hadiahkan kepada mak aku" Jelas Along jujur. "Waa..bagus la kau ni Azam. Kalau kau nak beli, aku bagi potongan harga 50%. Macam mana?" Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu. "Betul ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!" Along meminta kepastian.

"Untuk kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!" Balas Fariz meyakinkannya. "Tapi aku kena beli minggu depan la. Aku tak cukup duit sekarang ni." Cerita Along agak keseganan. Fariz hanya menepuk bahunya sambil tersenyum. "Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit." Kata Fariz . Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi. Pada kau ada berapa ringgit sekarang ni?" soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu.

Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu. "Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak pe lah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!" pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum.

Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh. Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah. Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi. Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja.

Tanpa berlengah dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah ayahnya. "Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?" Soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripada menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan. "Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah" Leter ibu lagi. Along hanya diam. Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka selambar seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati.

"Along ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua tu" Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM. Along mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu sahaja. "Along! Kalau tak suka belajar, berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu”" Sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh.

Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar. Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu. Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya. Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru.. Hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu akan semakin membencinya.

Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar B. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok. Seperti yang dinekadkan, pagi itu selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu.

Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari. Justeru dia terpaksa berbohong agar ibunya tidak bimbang dengan tindakannya itu. Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari pekerjaan. Nasib menyebelahinya. Tengah hari itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal. Upahnya lima belas ringgit sehari. Along rasa sangat bersyukur dan gembira. Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membelikan jubah untuk ibu.

Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah. Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh setiap kali memandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain.

Seperti hari-hari yang sebelumnya, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sydah lebih 10 hari Along bekerja di situ. Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma. "Azam, kalau aku tanya kau jangan marah ke?" Soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu. "Macam serius jer bunyinya Abang Joe?" Along kehairanan. "Sebenarnya, kau lari dari rumah kan?"

Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke dalam mulutnya tersembur keluar. Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan. Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air. "Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?" Tanya Abang Joe lagi cuba menduga. Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak. Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih.

"Azam, kau ada cita-cita tak ataupun ada impian apa-apa ke?" Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi. "Ada!" Jawab Along pendek. "Kau nak jadi apa satu masa nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku atau apa?" Along menggeleng-gelengkan kepala. "Semuanya tidak! Cuma satu je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya." Jawab Along disusuli ketawanya. Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya itu.

"Ala, gurau ja la Abang Joe… Sebenarnya, saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan saya nak jadi anak yang soleh!" Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas didengari telinga Abang Joe. Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya. Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah.

Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing. Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir. Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi. "Abang Joe, hari ni, saya nak balik rumah …terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni" Ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel. Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga.

Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak. "Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe" Kata Along lagi. "Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?" soal Abang Joe. Dia risau kalau-kalau Along menyalah-anggap tentang soalannya tadi.

Along hanya senyum memandangnya. "Tak apa, saya bagi kat Abang Joe. Abang Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju" Balasnya dengan tenang. Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh.

Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana , tanpa berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut. "Hey Azam, mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari
rumah ke?" Soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu. "Along hanya tersengeh menampakkan giginya. "Azam, mak kau marah kau lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk siMalik tu?" "Tak pe lah, perkara dah berlalu.lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni”, Terang Along dengan tenang.

"Kau jadi mangsa Azam. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah”, kata Fariz lagi. "Tak apa lah Riz, aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah, aku sangat sayangkan Ibu aku!" "Azam..kau ni.." "Aku ok, lagipun aku tak mahu menyusahkan lagi ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah tu lagi" Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu.

"Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, ok!" pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu. "No problem, tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?" Soal Fariz ingin tahu. "Aku kerja kat bengkel Abang Joe. Jadi pembantu dia” Terang Along. "Abang Joe mana ni?" "Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!" Jelas Along dengan panjang lebar. Fariz mengangguk. "Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?"
"Hari ni laâ.." Balas Along.
"Ooo hari lahir ibu kau hari ni ya?"
"Bukan, minggu depan"
"Habis? Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?" Soal Fariz lagi.
"Aku rasa hari ni je yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi" Jawabnya sambil mengukir senyum.

Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu. Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu. Motorsikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II. Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang dipandu laju cuba mengelak daripada melanggar seekor anjing yang tiba-tiba muncul di depannya. Pemandu kereta itu menekan brek dan mengelak tapi dek jalan yang licin, ia hilang kawalan. terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak.

Akibat perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar yang dipakainya mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya. Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu. Dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu. Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu.

Darah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat. Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul wanita tersebut. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu.

Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih di genggamannya itu. "Ha..ha..hadiiiiah uuuntuk iiiiiibu" Itu saja yang termampu diucapnya sambil berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya. Sebaik habis mengukir senyuman bahagia itu, Along terasa kesakitannya sudah tidak tertahan lagi. Suara ibu, Angah, Alang dan Atih semakin sayup terdengar. Matanya sudah sangat berbinar. Di gagahnya menahan matanya untuk terus menatap wajah ibunya selama yang mungkin.

Along sudah kelihatan hampir tidak sedarkan diri. Si ibu begitu cemas bercampur sebak dan sedih. Kepala dan tubuh Along dipeluknya sambil dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi. Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya.

Along di bawa ke hospital dan disahkan sudah meninggal dunia. Siibu menangis semahu-mahunya menyesali tindakannya terhadap Along. Dia lebih menurut nafsu dan emosi. Along sudah pergi untuk selama-lamanya. Tangisan dan penyesalan tidak akan mengembalikan Along ke pangkuannya semula. Sebaik pengebumian jenazah Along, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih. Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan.

Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus mendekati wanita separuh umur itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini. "Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami.. Dia sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan dia jugak cakap, ibunya iaitu mak cik sebagai seorang perempuan gila. Azam pukul Malik sebab tak sanggup mendengar Malik menghina ibu dan ayahnya"

Cerita Fariz dengan nada sebak. Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik. "Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz? Soalnya dengan sedu sedan. "Sebab..Azam tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa itu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang walaupun dia disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula" Terang Fariz lagi. Dia berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu.

Siibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Lidahnya kelu untuk berkata-kata lagi. Terasa seluruh anggota badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap anak derhaka.

Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca. ˜Buat ibu yang sangat dikasihi, ampunkanlah salah silap Along selama ini. Andai Along melukakan hati ibu, Along pinta sejuta kemaafan. Terimalah maaf Along bu..Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu dan terimalah hadiah ini dari anakmu yang banyak menyusahkanmu....UNTUKMU IBU!"

Kad itu dilipat dan dicium. Air matanya sekali lagi melunjur deras berjurai membasahi pipi. Sekali lagi siibu menangis semahu-mahunya. Segala perasaan sedih, pilu, sayang, menyesal dan marahkan diri bercampur baur di dalam dadanya. Setelah beberapa lama, siibu tenang semula. Di dalam hatinya siibu berkata "Ya Allah!! Aku mohon ampun padamu atas apa yang sahaja kesalahan aku kepada anak ini. Kau saksikanlah Ya Allah bahawa aku meredainya sebagai anak yang soleh.. Engkau tempatkanlah Along anakku ini di dalam syurgaMu yang kekal abadi!"

Mereka terus terkenangkan Along... sedangkan di depan mereka di sebalik alam nyata, berdiri ruh Along memerhatikan Ibunya dan mereka. Along hanya tersenyum melihat keluarganya yang sudah menyaksikan kebenarannya. Along berbahagia menerima kiriman doa yang sangat berharga dari Ibunya..... Ruh Along terus terbang jauh-jauh menuju kesejahteraan dan kebahagiaan yang sebenarnya di alam sana...

Saturday, 1 June 2013

sahabat

(: Assalamualaikum :)

Tadi sempat jumpa mira. 8am hantar spec dy tertinggal dalam kereta haha tak sah dy ni kalau tak terceceh, adede je. Tapi takpe, sebab dy tertinggal la dapat jumpa dy sebelum dy gerak perak. Sedih tgk dy pergi tadi. Tetibe teringat susah senang aku dari dulu cume dy dan azreen yg tetap sabar dgn aku.

Dy lah 1 dalam 1000 sahabat yg aku ad. Ingat lagi teging dy dgn aku dekat sch, bedah cicak lepas tu sabotaj budak tgh tidur, letak gam dekat gula gula, gilir gilir tk dtg sch, buat seni sampai petang, tidur rumah azreen, pergi tanjung balau dgn cinta monyet, beraya sesama.

Friday, 1 February 2013

Familyday, MORIB

(: Assalammualaikum :)

Okay destinasi kiteorg kalini Goldcoast Resort Morib, Selangor. Seriously , kalini double triple bess! Nak nak lagi pergi dengan family abg edy. Next time kalau boleh nak pergi dgn family abg edy lg, Meriah kalau ramai ramai lgpon family dorg Happy Go Lucky. Gambar next time okay :)

Macam macam kiteorg buat, main bola dalam air, main layang layang, motor dekat laut. Bile time makan semua macam kebuluran hehe singgah pantai morib jap pekena sotong bakar. Aummdapnye. Lepas tu pergi kilang kerepek. Murah murah belake. Banyak jgk kiteorg beli. Balik resort teros ready utk dinner. Jangan tanye la berape byk zura makan, perot ni sampai dah tak boleh tekan. Sedap sangat hehe.

Wednesday, 21 November 2012

the BEST DAY !

(:Assalammualaikum:)
Seronok! Happy! Jap, tak same meaning ke? hehe Itu lah perasaan aku bile dapat spend time dengan bestie tersayang ni. Lame tak jumpe, Bila jumpa, hamek kau. Ketawa tak berhenti .Tak tau nak cakap apa, gambar diatas tu dah buktikan yang aku betul betul happy kan? SAYANG AWAK BERDUA <3 Semoga persahabatan kita akan berpanjangan walaupun masing masing dgn kerjaya sendiri, okay :D

To my sister-in-law : Congrats kak :) Masuk ni , dah ade tiga anak buah. Tetapi! yang pertame lelaki :) Boleh lah lasak lasak haha kak nora geram je tengok aku pegang baby dia ganas . Geramm

Sunday, 4 November 2012

tanjung leman

(:Assalammualaikum:)
Destinasi kiteorg kalini TANJUNG LEMAN :) Actually aku takde dalam senarai pon mase dorg plan nak pegi sini sbb aku dekat kl , dapat tau je aku balik jb , dorg terus ajak aku . Dan aku ? takkan kate 'taknak' laa kalau bab bab mcm ni haha . Maseh KAKYA , JEHE , DIN , SYAM sbb sudi menyemakkan zura dalam aktiviti ari tu hehe .

Bawah ni gambar kenangan kiteorg :)


Sunday, 21 October 2012

tanjung piai , pontian

(:Assalammualaikum:)
Wahhhhh asyik dapat jenjalan sehari dengan kakyah and jehe . Mule mule nak pegi mandi tapi disebabkan keadaan tak mengizinkan , jehe bawak kiteorg pegi sini . Masuk dalam taman negara ni tenang jea rase . asal relex jap jea mesti macam mengantuk hikhi . Takde lah susah sgt nak jumpe tanjung piai ni tapi kiteorg memang tak tau langsung selok belok pontian ni so kiteorg ade la tanye beberape org . Selamat jehe ni penyabar orangnye hehe . maseh kak and jehe sudi bwk kite :) lepas tu belanje kek S.R pehh sedap ! habis mkn kek , belanje lagi kite mcd . Bertuahnye badan hehe kite tak mampu lagi nak belanje akak nt dah dapat keje tauu . ramai nye aku kene belanje hehe .

Banyak sangat gambar yang kiteorg ambik tapi takkan nak masukkan sume , ye tak ? ni antare gambar kesukaan zura . Lihat bawah :)



Saturday, 6 October 2012

bestie :)

(:Assalammualaikum:)
 Kedai makan Kampung Melayu , singgah sini sbb teringgin nak makan Ice Coco tapi perot lapor punye pasal , tibai bakso . yummy !
Ha , tige gambar ni pulak , berlaku hari yang sama. Destinasi kiteorg angsana , makan and karaoke sahaje . Tak plan pon ni semue . Kebetulan aku kebosanan dekat rumah , dalam kepale cume ade Mira . Datang rumah die terus ajak die teman pegi makan .

Hanya die yang rapat dengan aku . Yang lain pun rapat cume , aku dengan mira mungkin banyak benda yang same jadi kat kiteorg . 'mira , kau ingat tau , janji kite kat rumah amar' . Janji ape ? janji yang die takkan putuskan persahabatan ni disebabkan orang lain . mana lah tau , macam macam die dgr orang cakap itu ini . lagipun zaman sekarang Fitnah dah berleluasa , Tak mustahilkan ?

Actually , ade lg sorg bestie aku , now dia dekat Melaka , sambung belajar . Miss her much , and satu yang korang kena tau , dia pon ratu shoping kalau shoping dgn dia , korg takkan menyesal . Pendapat yang dia bagi Jujur ! Sayang awak berdua <3

Thursday, 27 September 2012

genting highland :)

(:Assalammualaikum:)

Sehari suntuk hang out dgn mak , kakak , abg ipar and anak anak buah aku , akhirnya dapat jugak jumpe selimut . okay aktiviti kiteorg harini melawat genting highland . wahh melawat gitu ehh . pagi pagi kaka aku kejut suruh pegi kedai beli barang utk spageti aumm yummy . sbebenarnye ni plan last minute . malam semalam tetibe je kaka aku ajk pegi , and mak aku tetap dgn keputusan taknak pegi . tapi , pujuk punye pujuk , pergi jugak :D kiteorg bertolak dekat pukul 2pm gitu laa . mak aku da pot pet pot pet sbb janji pukul 1pm da keluar ruma . biase laa janji melayu kann.



haa nampak tak kat situ yang kami semua teruje sangat haha happy sangat tadi . jalan jalan dalam kabus , makan spageti dekat atas gunung . suke suke suke . tak kisah lah kalau ade orang cakap 'alaa baru sampai genting dah excited semacam' . yelaa saye kan orang jaybee . bukan nye dekat dengan genting . next time nak pergi , nak masuk theme park pulak . tadi mase pergi pon da petang . pergi kat kaunter dah tutup . apelah nasib sob sob . 

malam tu kiteorg singgah medan selera dekat kepong makan ikan bakar . abg ipar belanje , patot laa sedap semacam je wihee ~ lepas makan makan kiteorg singgah kolam air panas . macam tak percaye je kakak cakap tu air mata air , bukan buatan manusia . kejadian alan kan , takde yang imposible . lepas rendam kaki kiteorg balik , nak mandi , masin masing tk bwk baju hukhuk . samapi je rumah masing masing kepenatan and aku terdgr kaka aku ckp 'haihh mls nye nak kerja esok' . sian kakak aku sorg ni hahak sekarang semuenye da dialam mimpi hanye tinggal aku sorg yg dok tulis dairy ni . and baru sekarang aku rase mengantok , gudnyte :)

Tuesday, 25 September 2012

suria KLCC

(: Assalammualaikum :)
Finally , kakak bawak jenjalan . Memandangkan kiteorg keluar malam , kiteorg decide lepak dekat klcc :) Sbb kaka ckp ade show tgh mlm . Okay aku takkan menolak punye . Kebetulan kiteorg sampai dah pertengahan . Then tgh syok syok tengok . Showtime habis . huh huh apedaa . Baru nak feeling tengok air pancut yang warne warni tu .

Sebelum jenjalan dekad situ , kiteorg stay dekat tepi kolam . Anak kakak yang first ( aisy nur batrisyia ) punye lahh teruje sampai kalau boleh nak terjun dalam kolam tuu haha dah kelam kabut mak aku mengejar si kecik tuu . Tak payah susah susah nak bersenam sbb jage dy pon boleh mengeluarkan peluh haha . actually , bess sgt jage dy , murai !

Okay lepas tu kiteorg masuk dalam . Waahh masuk je dalam , betul betul menguji iman aku . Barang barang dekat situ , cantik menawan memang de bom lah !
aku : mak , nak shopping kasut lah .
mak : kau jgn mengade ehh , kan baru je beli kasut haa . nt nak bayar duit kerete bulan depan lg .
Aku senyap terus jalan . Dalam hati aku 'tunggu laa sampai jb aku ajak mira teman shopping . leceh !' . Mogok punye pasal , aku jalan tak tengok kedai , buat sakit mate haha . Tapi syukur sangat mak halang , kalau tak , kedane la aku bulan depan .

Dalam perancangan nak pergi mane tah tapi terpakse cancel sbb kiteorg lepak lame sanagt sampai masing masing mengantok . Kakak dgn mak aku jangan kate laa , dalam kereta dah membute . Aku ribe batrisyia yang tgh tidur . Sampai rumah aku pinjam kereta abg edy , nak balik ternampak kedai burger . Tetibe rase nak mkn burger . And now , get ready utk tidur . gudnyte :)


Saturday, 11 August 2012

Happy Birthday Girl !!

(:ASSALAMMUALAIKUM:)
HAPPY BIRTHDAY TO ME, 
HAPPY BIRTHDAY TO ME, 
HAPPY BIRTHDAY TO SITI NAZURA, 
HAPPY BIRTHDAY TO ME.
happy birthday untuk diri zura :) sweet 18 years old :) sekarang, zura bukan budak bawah umur lagi haha selalu kene buli dekat office. tahun tahun yang lepas , kaka tak pernah miss and dy laa 1st person yang akan wish and pray untuk zura, maybe dy da tido kot. okay , this is my wishing :
*Semoga Tuhan merahmati, melindungi dari segale kejahatan and diberikan kekuatan ketike dugaan mendatang, ceywahh :D
*Semoga dipanjangkan umur supaye sempat untuk sedar diri and berubah ke arah kebaikan:)
*Semoga ape yang dihajati akan dimakbulkan.
*Semoga berat badan bertambah, penat dah nak jawab kenape badan mcm mayat hidup, nak nak lg time jumpe kaka huhu jelous leteww.
*Semoga didampingi orang orang yang baik.
*semoga dapat jodoh yang baik, yang boleh bimbing zura ke Jannah Allah, Amin (bukan utk sekarang)
Terima kasih mane yang wish zura , zura sayang semua orang :) dua tahun birthday dgn someone, tahun ni sorang sorang tapi zura tak sunyi sbb zura ade ramai kawan yang boleh buat zura happy , thanks semua <3

Wednesday, 25 July 2012

boy and his best friend

BOY : she's just too much for me.
HIS BESTFRIEND : what makes you say that? what did she do wrong?
BOY : well, for one. she only care about her appearance. always had to look good, always took forever to get dressed! so insecure.
HIS BESTFRIEND : so, you broke her heart cause she wanted to keep ur eyes locked on her? she  wanted you to see that you have the prettiest girl under ur sleeve and not think otherwise? i see..
BOY : ohh well, she did often call me or text me asking where  I'm, who I'm with, telling not to smoke, not to drink. so clingy!
HIS BESTRIEND : so you broke her heart couse she cares about ur well being? couse she cares about you a lot? and her greatest fear is losing you. I see..
BOY : But. uhh well, she'd always cry when I say something slightly mean. she can't handle anything. she's a crybaby.
HIS BESTFRIEND : so, you broke her heart couse she has feeling? couse she wanted to hear you say you love her? I see..
BOY : I.. well! you know she'd get jelous easily. I could barely talk to other girls! she's so annoying! I had to hide it from her.
HIS BESTFRIEND : so you broke her heart couse she just wanted you to commit to her? she thought you were faithful, but you lied so she could find out later and hurt even more? she just wanted the guy she love the most to love only her. I see..
BOY : well, she...
HIS BESTFRIND : you broke up with her couse she's good for you? she just wanted the best for you? she's broken now couse you were selfish. are you proud?
BOY : I broke her heart couse I couldn't see what was happening. what happened to me?
HIS BESTFRIEND : you lost the girl that loved you like no one else could. you see? you didn't want her when all she wanted was you. THAT's was happened.

p/s : so guys? i'm sure that you all can asses with this situation.

Saturday, 12 November 2011

patah seribu

Walau kau tiada di sini ku tetap ingat semua pesanmu .
Ku hidup seolah-olah kau masih ada , bisikkan kata kepadaku .
Bilakah kau akan utuskan surat buatku .
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu .
Patah seribu hatiku .
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama .
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi .
Biar pergi mu tanpa rela ku .
Namun hati ku tetap berasa kejamnya .
Kau meninggalkan ku dengan nota-nota cinta buat kita berdua .
Bilakan ku bisa menerima ketiadaan mu .
Kan ku bakar semua , hapuskan semua kenangan .

pstt : hayati lagu ni batul-betul , serious sedih . jiwang tak jiwang lah kan . masing-masing ade minat tersendiri . actually this song show my situation right now . okay lah , just want to share :)

Tuesday, 25 October 2011

"hargailah dia sebelum terlewat"

" hargailah ia sebelum terlewat "
Jika si isteri menangis didepanmu , itu bererti dy tk dpt menahannya lagi .
Jika kau pegang tangannya saat dy menangis , dy akan tinggal bersamamu sepanjang hidup .
Jika kau membiarkannya pergi , dy tak kan kembali jadi dirinya yg dulu , SELAMANYA !!
Seorg isteri tak kan menangis dgn mudah , kecuali didepan org yg dy syg , dy akan lemah .
Seorg isteri tak kan menangis dgn mudah , hanya jika dy sgt menyayangimu .
Dia akan menurunkan EGOnya .
wahai suami-2 , Jika si isteri pernah menangis keranamu , tlg pegang tgnnya penuh pengertian . Kerana dy adalah org yg akan tetap bersammu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dlm .
wahai suami-2 , Jika seorg isteri menangis keranamu , tlg jgn mensia-siakannya . mungkin , kerana keputusanmu , kau merosakkan hidupnya .
saat dy menangis didepanmu , saat dy menangis keranamu . Lihatlah jauh ke dlm matanya . dpt kah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yg dirasakan keranamu ?
apakan keistimewaan PEREMPUAN ini ??
dibalik KELEMBUTANnya , dy memiliki kekuatan yang dasyat .
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN .
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi org yang dicintainya .
Dia tersenyum melihat temannya tertawa .
Dia TERHARU dan MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pada org-2 yang dikasihinya .
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya .
Dia sgt GEMBIRA melihat KELAHIRAN .
Dia sgt SEDIH melihat KEMATIAN .
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN .
" betapa BERHARGAnya dia "

Monday, 24 October 2011

adam dan hawa

Seorang laki-2 bila dy kesakitan , dy akan membenci . Sebaliknya wanita , saat dy kesakitan , maka semakin bertambahlah syg dan cintanya . Seandainya hawa  diciptakan dari adam a.s saat adam terjaga , pasti adam akan sakit kerana hawa keluar dari sublinya dan adam akan membenci hawa . Oleh itu , hawa diciptakan semasa adam tidur , supaya adam tak sakit dan tak akan membenci hawa . sementara seorg wanita akan melahirkan dlm keadaan terjaga , melihat kehidupan dan kematian dihadapannye . Kerana itulah wanita semakin syg dan cintanya kpd anak yg dilahirkan . bahkan ia akn menebusnya dgn kehidupannya ..
Sesungguhnya Allah mencipta hawa dari tulang rusuk yg bengkok yg tugasnya menjaga Qalbu (jantung , hati nurani) . oleh itu , tugas hawa ialah menjaga Qalbu . Kemudiannya Allah menjadikannya bengkok utk melindungi Qalbu dari sisi yg ke dua . Sementara adam diciptakan dari tanah , dy akan menjadi petani , tukang besi , tukang batu dan tukang kayu . Wanita selalu berinteraksi dgn perasaan , hati dan wanita akn menjadi seorg ibu yg penuh kasih syg , seorg saudari yg penyayang , seorg puteri yg manja dan seorg isteri yg penurut .
Dan wajib bagi adam utk tak berusaha meluruskan tulang yg bengkok tersebut , spt yg dikhabarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W , " jika seorg lelaki meluruskan yg bengkok tersebut dgn serta merta , maka dy akan mematahkannya . " . maksudnya adalah dgn kebengkokan tersebut adalah perasaan yg ada pada diri seorg wanita yg mengalahkan perasaan seorg laki-2 .
Maka wahai adam jgnlah merendahkan perasaan hawa , dia memang diciptakan seperti itu . Apabila seorg wanita mengatakan dy sedang bersedih tetapi dy tk mengalirkan air mata , itu berarti dy sedang menangis di dlm hatinya . Apabila dy tak menghiraukan kamu setelah kamu menyakitinya hatinye , lebih baik beri dy penjelasan sebelum dy pergi lebih jauh . Dan wanita sulit utk mencari sesuatu yg dy benci pada org yang paling dy sayang .